BATUK BERKaHak, SelseMa
Ini Penyakit biasa kanak-kanak.
1. Petuanya ialah elakkan bayi mandi pada waktu malam, kalau berpeluhpun cuma lapkan badannya. Letakkan minyak bayi, minyak rohini, atau yu yi pada dada bayi selepas mandi.
2. Selain daripada tu, boleh juga letakkan daun sirih yang boleh di dapati di kedai kedai orang India dilayurkan dan letakkan pada dada bayi pada waktu malam.
3. Boleh juga letakkan tuala tebal di atas dada bayi semasa tidor.
4. Ubat modern yang boleh di gunakan adalah healin product perasa oren untuk kanak kanak, berikan pada awal pagi sebelum bayi makan. setengah sudu kecil je untuk permulaan, ujian takut baby anda alergic.
5. Madu juga boleh digunakan tetapi dalam beberapa kajian madu mentah mengandungi sejenis bakteria yang boleh menyebab bayi anda sakit.
6. Kalau pergi hospital doktor pakar yang saya sangat suka akan kasi phenergan syrup, beli kat Damansara Specialist Hospital untuk batuk dan kahak, kalau batuk terlalu teruk baru pakai ventolin inhaler.
7. Selain itu boleh dapatkan probiotic tablet... bagus jugak ni. Tapi harga boleh tahan. lagi mahal lagi bagus..
KeMbuNg
Ini lagilah biasa di kalangan kanak-kanak, tapi very mild desease. Petua-petua nya adalah
1. Letakkan minyak bayi seperti minyak yu yi, minyak telon di atas telapak tangan kita dan gosok kan antara telapak tangan. Letakkan atas perut bayi tekan sedikit sahaja dari atas urut ke bawah beberapa kali supaya angin boleh keluar. Ni petua dari my chinesse frenz..
2. Secara modernya boleh lah dapatkan grape water di kedai kedai seperti kedai 99 pun ada... kalau malas nak pergi farmasilah..
3. Ubat kalau pergi jumpe medical officer pulak.. dapatkan silap dentinox
4. Ada lagi satu ubat yang bagus di gunakan adalah Rohini balm untuk kanak-kanak boleh di beli di kedai kedai India, ini di suggestkan dari Kak Amutha
Sakit KuLit
1. kalau anak anda baru lepas treatment dengan antibiotic secara makan atau cucuk, selalunye macam macam penyakit kulit untuk baby, di bahagian baby bakai lampin selalunya akan jadi merah yang teruk, kalau letak nappy rash biasa tak berkesan sebab jangkitan ini selalunya di sebabkan oleh kulat, antibiotik tu dah bunuh bakteria bagus pada kulit bayi, so kulatpun tumbuh. So ubatnye boleh di beli terus di farmasi.. gunakan zinc oxide setiap kali tukar lampin, di sertai dengan daktarin cream tiga kali sehari. tapi sapu nipis nipis aje, insyallah hilang.
2. Kalau nappy rash biaa beli aje cream kat kedai kedai macam sebamed nappy rash ataupun ape pe jenis pun boleh
3. kalau bayi anda kene gigitan nyamuk atau serangga yang teruk, bolehlan gunakan fucidin cream boleh di dapati di farmasi juga, sapu nipis nipis..
4. kalau kene ruam panas yang teruk pada leher, boleh guna mandian sebamed baby liquid cleanser letak dalam bath tub baby rendam bahagian leher lama sedikit, di sertai dengan fucicort cream, beli je kat farmasi, kalau tak yakin tanyalah farmasist yang bertugas, K....
Cara traditional tak tau lah.. letak bedak medicated je le.. tapi kesannya kadang kadang ok jap lagie bila bayi berpeluh, habis. Kalau nak mengelak sakit kulit ni berulang kembali, jangan kasi baby anda berpeluh... kalau ada penghawa dingin bukak dalam 25 degree aje..
Sunday, February 10, 2008
Saturday, February 9, 2008
TEKANAN DAN PENYAKIT BAYI
Hari ini nak kongsikan tajuk ikatan ibu dan bayi terutama untuk wanita yang baru dapat anak pertama. Kadang-kadang rasa macam penat jaga baby.. mungkin di sebabkan masa sebelum berkahwin tak pernah handle baby.. or may be dari tingkatan satu stay kat hostel. Kita start pergi kerja.. may be dalam pukul 7.30pg lah lebih kurang, dan kita balik rumah pula may be dalam pukul 6.00 pm.. so kalau dihitungkan lebih kurang 10 jam 30 minit kita tak jumpa baby. Lepas tu, bila balik ke rumah kita sibuk dengan nak masak untuk keluarga pulak. Baby kita letak dalam walker, playpan.. dan macam macam lagi. Makin kurang masa kita untuk baby yang perlukan perhatian... ni tak termasuk nak basuh baju, mandi untuk diri sendiri, kemas rumah kemas bilik.. so berapa jam agaknya kita bersama baby? plus minus masa baby tidur lagi. Mungkin ini bukan fakta, tapi cerita dari pengalaman diri saya menjaga sarah semasa dia berumur enam bulan hingga lapan bulan dua kali di masukkan ke dalam wad dalam masa tak sampai dua bulan pun.. Bila di fikirkan may be sebab Sarah stay kat nursery boleh dia katakan separuh dari 24 jam..penyakit bawaan nursery., tapi bila di fikirkan lagi may be sebab saya terlalu kejarkan masa untuk memasak, membasuh, menyidai kain.. just try nak jadi perfect housewife dan juga wanita bekerjaya in the same time. Kalau ada je masa nak tinggalkan sarah,kat atas tilam ke, kat tangan orang lain ke.. mesti pergi buat kerja lain.. sampai dia menangis.. lepas tu ambik dia semula..bila dah ok.. tinggal kan balik.. kejam nye. Hari ahad pun sama,kalau boleh nak kasi sarah tido je dalam kepala ni, macam banyak je keje nak kejar,lagilah teruk..nak try jadi chef lagi. Perkaitan antara masa kita meninggalkan baby dengan tekanan amat kuat. Kortisol bayi menjadi tinggi dan menyebabkan nya menjadi tertekan, tekanan dan penyakit berkait rapat. Jikalau di lihat dari segi positif, gembira boleh membantu bayi melawan penyakit. Senyuman di bibir bayi menyebabkan kita berfikir kembali, betapa mahalnya senyuman yang terukir penambah kegembiraan dalam hidup kita seharian. Cukuplah pengajaran yang berasaskan pengalaman.. Semoga Sarah sentiasa gembira sebab sekarang Mama sentiasa dengan Sarah jika di perlukan..
Subscribe to:
Posts (Atom)