Saturday, February 9, 2008
TEKANAN DAN PENYAKIT BAYI
Hari ini nak kongsikan tajuk ikatan ibu dan bayi terutama untuk wanita yang baru dapat anak pertama. Kadang-kadang rasa macam penat jaga baby.. mungkin di sebabkan masa sebelum berkahwin tak pernah handle baby.. or may be dari tingkatan satu stay kat hostel. Kita start pergi kerja.. may be dalam pukul 7.30pg lah lebih kurang, dan kita balik rumah pula may be dalam pukul 6.00 pm.. so kalau dihitungkan lebih kurang 10 jam 30 minit kita tak jumpa baby. Lepas tu, bila balik ke rumah kita sibuk dengan nak masak untuk keluarga pulak. Baby kita letak dalam walker, playpan.. dan macam macam lagi. Makin kurang masa kita untuk baby yang perlukan perhatian... ni tak termasuk nak basuh baju, mandi untuk diri sendiri, kemas rumah kemas bilik.. so berapa jam agaknya kita bersama baby? plus minus masa baby tidur lagi. Mungkin ini bukan fakta, tapi cerita dari pengalaman diri saya menjaga sarah semasa dia berumur enam bulan hingga lapan bulan dua kali di masukkan ke dalam wad dalam masa tak sampai dua bulan pun.. Bila di fikirkan may be sebab Sarah stay kat nursery boleh dia katakan separuh dari 24 jam..penyakit bawaan nursery., tapi bila di fikirkan lagi may be sebab saya terlalu kejarkan masa untuk memasak, membasuh, menyidai kain.. just try nak jadi perfect housewife dan juga wanita bekerjaya in the same time. Kalau ada je masa nak tinggalkan sarah,kat atas tilam ke, kat tangan orang lain ke.. mesti pergi buat kerja lain.. sampai dia menangis.. lepas tu ambik dia semula..bila dah ok.. tinggal kan balik.. kejam nye. Hari ahad pun sama,kalau boleh nak kasi sarah tido je dalam kepala ni, macam banyak je keje nak kejar,lagilah teruk..nak try jadi chef lagi. Perkaitan antara masa kita meninggalkan baby dengan tekanan amat kuat. Kortisol bayi menjadi tinggi dan menyebabkan nya menjadi tertekan, tekanan dan penyakit berkait rapat. Jikalau di lihat dari segi positif, gembira boleh membantu bayi melawan penyakit. Senyuman di bibir bayi menyebabkan kita berfikir kembali, betapa mahalnya senyuman yang terukir penambah kegembiraan dalam hidup kita seharian. Cukuplah pengajaran yang berasaskan pengalaman.. Semoga Sarah sentiasa gembira sebab sekarang Mama sentiasa dengan Sarah jika di perlukan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment