About Me

My photo
Sebenarnye nak buat blog ni untuk my dear baby, Sarah. Umur baru lapan bulan. First time tengok Sarah masa lahir terdetik jugak... macam ni rupenye baby yang slame ni dok gerak gerak dalam perut mama. Masa Sarah lahir, PapaSarah pun ada dalam labour room sekali.. memang nampak dia cemas aje. Memang sakit pun. Susah jugak lahirkan Sarah. Masa first time nampak Sarah ALamak..gelapnye dia.. haha pas dimandikan oleh bidan baru la nampak comel. Dr Zul kat Pusrawi Kota Damansara yang sambut Sarah.So birth date Sarah lebih kurang PapaSarah on 19th Mei 2007, PapaSarah on 16th Mei sempat pegi celebrate birthday Papa kat D steak, Kg Baru. Di jangka lahir early JUne tapi sibuk je nak same bintang dengan Papa Sarah.

Sunday, February 10, 2008

PeTua MOdeRN dan MUdaH RaWAT BaYI

BATUK BERKaHak, SelseMa
Ini Penyakit biasa kanak-kanak.
1. Petuanya ialah elakkan bayi mandi pada waktu malam, kalau berpeluhpun cuma lapkan badannya. Letakkan minyak bayi, minyak rohini, atau yu yi pada dada bayi selepas mandi.
2. Selain daripada tu, boleh juga letakkan daun sirih yang boleh di dapati di kedai kedai orang India dilayurkan dan letakkan pada dada bayi pada waktu malam.
3. Boleh juga letakkan tuala tebal di atas dada bayi semasa tidor.
4. Ubat modern yang boleh di gunakan adalah healin product perasa oren untuk kanak kanak, berikan pada awal pagi sebelum bayi makan. setengah sudu kecil je untuk permulaan, ujian takut baby anda alergic.
5. Madu juga boleh digunakan tetapi dalam beberapa kajian madu mentah mengandungi sejenis bakteria yang boleh menyebab bayi anda sakit.
6. Kalau pergi hospital doktor pakar yang saya sangat suka akan kasi phenergan syrup, beli kat Damansara Specialist Hospital untuk batuk dan kahak, kalau batuk terlalu teruk baru pakai ventolin inhaler.
7. Selain itu boleh dapatkan probiotic tablet... bagus jugak ni. Tapi harga boleh tahan. lagi mahal lagi bagus..

KeMbuNg
Ini lagilah biasa di kalangan kanak-kanak, tapi very mild desease. Petua-petua nya adalah
1. Letakkan minyak bayi seperti minyak yu yi, minyak telon di atas telapak tangan kita dan gosok kan antara telapak tangan. Letakkan atas perut bayi tekan sedikit sahaja dari atas urut ke bawah beberapa kali supaya angin boleh keluar. Ni petua dari my chinesse frenz..
2. Secara modernya boleh lah dapatkan grape water di kedai kedai seperti kedai 99 pun ada... kalau malas nak pergi farmasilah..
3. Ubat kalau pergi jumpe medical officer pulak.. dapatkan silap dentinox
4. Ada lagi satu ubat yang bagus di gunakan adalah Rohini balm untuk kanak-kanak boleh di beli di kedai kedai India, ini di suggestkan dari Kak Amutha

Sakit KuLit
1. kalau anak anda baru lepas treatment dengan antibiotic secara makan atau cucuk, selalunye macam macam penyakit kulit untuk baby, di bahagian baby bakai lampin selalunya akan jadi merah yang teruk, kalau letak nappy rash biasa tak berkesan sebab jangkitan ini selalunya di sebabkan oleh kulat, antibiotik tu dah bunuh bakteria bagus pada kulit bayi, so kulatpun tumbuh. So ubatnye boleh di beli terus di farmasi.. gunakan zinc oxide setiap kali tukar lampin, di sertai dengan daktarin cream tiga kali sehari. tapi sapu nipis nipis aje, insyallah hilang.
2. Kalau nappy rash biaa beli aje cream kat kedai kedai macam sebamed nappy rash ataupun ape pe jenis pun boleh
3. kalau bayi anda kene gigitan nyamuk atau serangga yang teruk, bolehlan gunakan fucidin cream boleh di dapati di farmasi juga, sapu nipis nipis..
4. kalau kene ruam panas yang teruk pada leher, boleh guna mandian sebamed baby liquid cleanser letak dalam bath tub baby rendam bahagian leher lama sedikit, di sertai dengan fucicort cream, beli je kat farmasi, kalau tak yakin tanyalah farmasist yang bertugas, K....
Cara traditional tak tau lah.. letak bedak medicated je le.. tapi kesannya kadang kadang ok jap lagie bila bayi berpeluh, habis. Kalau nak mengelak sakit kulit ni berulang kembali, jangan kasi baby anda berpeluh... kalau ada penghawa dingin bukak dalam 25 degree aje..

Saturday, February 9, 2008

TEKANAN DAN PENYAKIT BAYI

Hari ini nak kongsikan tajuk ikatan ibu dan bayi terutama untuk wanita yang baru dapat anak pertama. Kadang-kadang rasa macam penat jaga baby.. mungkin di sebabkan masa sebelum berkahwin tak pernah handle baby.. or may be dari tingkatan satu stay kat hostel. Kita start pergi kerja.. may be dalam pukul 7.30pg lah lebih kurang, dan kita balik rumah pula may be dalam pukul 6.00 pm.. so kalau dihitungkan lebih kurang 10 jam 30 minit kita tak jumpa baby. Lepas tu, bila balik ke rumah kita sibuk dengan nak masak untuk keluarga pulak. Baby kita letak dalam walker, playpan.. dan macam macam lagi. Makin kurang masa kita untuk baby yang perlukan perhatian... ni tak termasuk nak basuh baju, mandi untuk diri sendiri, kemas rumah kemas bilik.. so berapa jam agaknya kita bersama baby? plus minus masa baby tidur lagi. Mungkin ini bukan fakta, tapi cerita dari pengalaman diri saya menjaga sarah semasa dia berumur enam bulan hingga lapan bulan dua kali di masukkan ke dalam wad dalam masa tak sampai dua bulan pun.. Bila di fikirkan may be sebab Sarah stay kat nursery boleh dia katakan separuh dari 24 jam..penyakit bawaan nursery., tapi bila di fikirkan lagi may be sebab saya terlalu kejarkan masa untuk memasak, membasuh, menyidai kain.. just try nak jadi perfect housewife dan juga wanita bekerjaya in the same time. Kalau ada je masa nak tinggalkan sarah,kat atas tilam ke, kat tangan orang lain ke.. mesti pergi buat kerja lain.. sampai dia menangis.. lepas tu ambik dia semula..bila dah ok.. tinggal kan balik.. kejam nye. Hari ahad pun sama,kalau boleh nak kasi sarah tido je dalam kepala ni, macam banyak je keje nak kejar,lagilah teruk..nak try jadi chef lagi. Perkaitan antara masa kita meninggalkan baby dengan tekanan amat kuat. Kortisol bayi menjadi tinggi dan menyebabkan nya menjadi tertekan, tekanan dan penyakit berkait rapat. Jikalau di lihat dari segi positif, gembira boleh membantu bayi melawan penyakit. Senyuman di bibir bayi menyebabkan kita berfikir kembali, betapa mahalnya senyuman yang terukir penambah kegembiraan dalam hidup kita seharian. Cukuplah pengajaran yang berasaskan pengalaman.. Semoga Sarah sentiasa gembira sebab sekarang Mama sentiasa dengan Sarah jika di perlukan..

Wednesday, January 30, 2008

BRONCHIOLITIS

Dengar macam penyakit serius pada bayi anda.. tapi kalau teruk sangat memang ia akan jadi serius. Bronchiolitis biasa terjadi kepada bayi di sebabkan sistem pernafasan mereka masih kecil. Ia lebih kurang dengan asthma tapi untuk kanak kanak ia tidak di panggil asthma cuma kadang kadang orang orang kita sebut asthma. Tapi untuk pengetahuan semua.. ia bukan asthma. So jangan risau. Bila di tanya mak kat kampung dia cakap kene makan hati burung belatuk.. tapi itu petua tak tau sahih ke tak.

Bronchiolitis bermaksud gangguan pada sistem pernafasan di sebabkan oleh jangkitan. Ia akan mengganggu salur pernafasan di panggil "bronchioles" yang menghubungkan udara luar dengan paru paru. Apabila salur ini membengkak, ia menyebabkan salur ini terisi dengan kahak dan menyebabkan sukar untuk bernafas terutama pada kanak-kanak kerana mereka tidak pandai membuang kahak mereka sendiri.

Penyakit ini biasanya menyerang kanak kanak dalam dua tahun pertama tetapi paling tinggi terjadi antara umur tiga hingga enam bulan. Jadi, semasa umur ini kite mesti berhati hati dalam memandikan kanak kanak, jauhi kanak-kanak ini dari kesejukan seperti kipas, penghawa dingin dan juga keluar di waktu malam. Penyakit ini biasa nye lebih kerap terjadi kepada kanak kanak lelaki tetapi kanak-kanak perempuan juga tidak terkecuali. Kanak-kanak yang kurang di beri susu ibu juga senang di jangkiti dan untuk para ibu bapa yang menghisap rokok atau ahli keluarga yang menghisap rokok dapat menjauhi kanak-kanak supaya mereka dapat kehidupan yang lebih baik.

Di harap para ibu yang menjaga anak mereka dapat mengambil sedikit maklumat dari info ini. Sebarang pertanyaan sila e-mail saya di : shajar@amcarelabs.com.my

RESEPI UNTUK BAYI

BUBUR SIHAT BAYI
Beras di campur dengan kentang dan lobak merah di reneh sehingga lembik. Lagi elok kalau masukkan lobak merah kemudian supaya vitamin yang ada dalam lobak merah tak hilang.

BUBUR AYAM
Untuk bayi yang baru je nak mulakan makan dalam umur enam bulan, bubur ayam tak sesuai lagi di sebabkan sistem imunisasi bayi baru je ada. Bubur ayam sesuai untuk bayi lapan bulan ke atas. Nasi di jadikan bubur masukkan ayam yang sudah di rebus dari bekas lain dan carikkan sekecik yang mungkin. Masakkan selama setengah jam. Untuk bayi yang baru di perkenalkan solid food ini.. daging ayam perlulah di asingkan dari bubur cume dijadikan penambah perasa sahaja. Mesti di ingatkan sistem usus bayi masih tak kuat untuk mencernakan makanan yang kasar jadi berhati-hati dalam memberikan makanan kepada bayi anda supaya dia membesar dengan baik. Jangan di campur dengan garam segala makanan bayi dan berhati hati dengan msg dalam perasa makanan kerana ia boleh merosakkan otak bayi kalau berlebihan.

Monday, January 28, 2008

BABY SARAH

aSsAlAmUalAIkum..
bArU nAKbLAJAr buAT bLOg NAK KOngSI cERitA cERItI bERKAItan DENgAN FAmILy yANG bARU nAK bERKemBANG