About Me

My photo
Sebenarnye nak buat blog ni untuk my dear baby, Sarah. Umur baru lapan bulan. First time tengok Sarah masa lahir terdetik jugak... macam ni rupenye baby yang slame ni dok gerak gerak dalam perut mama. Masa Sarah lahir, PapaSarah pun ada dalam labour room sekali.. memang nampak dia cemas aje. Memang sakit pun. Susah jugak lahirkan Sarah. Masa first time nampak Sarah ALamak..gelapnye dia.. haha pas dimandikan oleh bidan baru la nampak comel. Dr Zul kat Pusrawi Kota Damansara yang sambut Sarah.So birth date Sarah lebih kurang PapaSarah on 19th Mei 2007, PapaSarah on 16th Mei sempat pegi celebrate birthday Papa kat D steak, Kg Baru. Di jangka lahir early JUne tapi sibuk je nak same bintang dengan Papa Sarah.

Wednesday, January 30, 2008

BRONCHIOLITIS

Dengar macam penyakit serius pada bayi anda.. tapi kalau teruk sangat memang ia akan jadi serius. Bronchiolitis biasa terjadi kepada bayi di sebabkan sistem pernafasan mereka masih kecil. Ia lebih kurang dengan asthma tapi untuk kanak kanak ia tidak di panggil asthma cuma kadang kadang orang orang kita sebut asthma. Tapi untuk pengetahuan semua.. ia bukan asthma. So jangan risau. Bila di tanya mak kat kampung dia cakap kene makan hati burung belatuk.. tapi itu petua tak tau sahih ke tak.

Bronchiolitis bermaksud gangguan pada sistem pernafasan di sebabkan oleh jangkitan. Ia akan mengganggu salur pernafasan di panggil "bronchioles" yang menghubungkan udara luar dengan paru paru. Apabila salur ini membengkak, ia menyebabkan salur ini terisi dengan kahak dan menyebabkan sukar untuk bernafas terutama pada kanak-kanak kerana mereka tidak pandai membuang kahak mereka sendiri.

Penyakit ini biasanya menyerang kanak kanak dalam dua tahun pertama tetapi paling tinggi terjadi antara umur tiga hingga enam bulan. Jadi, semasa umur ini kite mesti berhati hati dalam memandikan kanak kanak, jauhi kanak-kanak ini dari kesejukan seperti kipas, penghawa dingin dan juga keluar di waktu malam. Penyakit ini biasa nye lebih kerap terjadi kepada kanak kanak lelaki tetapi kanak-kanak perempuan juga tidak terkecuali. Kanak-kanak yang kurang di beri susu ibu juga senang di jangkiti dan untuk para ibu bapa yang menghisap rokok atau ahli keluarga yang menghisap rokok dapat menjauhi kanak-kanak supaya mereka dapat kehidupan yang lebih baik.

Di harap para ibu yang menjaga anak mereka dapat mengambil sedikit maklumat dari info ini. Sebarang pertanyaan sila e-mail saya di : shajar@amcarelabs.com.my

No comments: